fbpx

Empat negeri tempat ‘lepas’ migran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail PATI Indonesia yang ditahan ketika cuba menyusup masuk secara haram di perairan Pulau Ketam baru-baru ini.

SHAH ALAM – Sindiket penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) didapati memilih lokasi di sekitar empat negeri berlainan sebagai alternatif bagi melepaskan kumpulan migran susulan kawalan ketat di perairan Selangor.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintendan Rizal Mohamed berkata, antara lokasi tersebut adalah di Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor susulan tekong enggan menyimpan PATI terlalu lama bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Katanya, setiap tekong laut akan mendapat maklumat daripada tonto darat yang bertindak ‘memantau’ pergerakan pasukan keselamatan.

“Ramai sebenarnya tekong memilih Selangor sebagai lokasi disebabkan lubuk untuk mendapatkan pekerjaan, namun tergendala susulan kawalan ketat dilakukan kami.

“Ini menyebabkan tekong laut ‘mengelupur’ dan berada di laut selama tiga hari sebelum memi­lih melepaskan 61 PATI dari negara jiran di sebuah jeti di Johor yang berlaku pada 22 September lalu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Berita berkaitan: Datuk pun kerja seludup PATI

Kata beliau, rondaan dilakukan pihaknya menggunakan kenderaan dan motosikal selain berjalan kaki bagi mengesan sebarang pergerakan atau ‘port’ baharu lokasi pendaratan PATI.

Ujarnya, bagi memastikan keberkesanan juga setiap anggota termasuk pegawai PGA di bawah Batalion 4 akan bermalam di beberapa lokaliti sepanjang pantai.

“Sepanjang pengoperasian tersebut memang kita ada jumpa beberapa lokasi baharu berdasarkan penemuan beg-beg dipercayai milik PATI yang di­tinggalkan khususnya di kawasan paya bakau,” jelasnya.

Dalam perkembangan berlai­nan, Rizal memberitahu, pihak­nya masih menjalankan siasatan lanjut terhadap kumpulan orang kenamaan (VIP) bergelar Datuk yang dipercayai merupakan tauke di sektor pembinaan dan perladangan yang menjadi pilihan PATI untuk bekerja.

Kosmo! sebelum ini melaporkan kegiatan penyeludupan PATI di negara ini nampaknya sukar untuk dibanteras apabila VIP berkomplot dengan sindiket.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI