PUTRAJAYA – Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) menyenaraikan 14 buah Klinik Kesihatan (KK) di sekitar Lembah Klang bagi urusan vaksinasi untuk penduduk dewasa di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur.
CITF menerusi kenyataan berkata, bermula Isnin ini, vaksinasi bagi penduduk dewasa Lembah Klang untuk warga negara dan bukan warga negara kini hanya dilaksanakan dengan kaedah janji temu sahaja.
Menurutnya, klinik terlibat adalah KK Kuala Lumpur, KK Setapak, KK Kampung Pandan, KK Datuk Keramat, KK Jinjang, KK Sentul dan KK Batu Muda.
“Selain itu, KK Tanglin, KK Muhibbah, KK Bandar Tun Razak, KK Cheras, KK Sungai Besi, KK Cheras Baru, KK Putrajaya Presint 18,” katanya hari ini.- K! ONLINE