fbpx

Chelsea mahu hapus badi kekalahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHELSEA tewas buat kali kedua berturut-turut selepas tunduk 0-1 kepada Juventus kelmarin dalam saingan Liga Juara-Juara. – AFP

LONDON – Penasihat Prestasi dan Teknikal Chelsea, Petr Cech tidak sanggup melihat pasukan itu mengalami kekalahan ketiga berturut-turut menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Southampton di Stamford Bridge malam ini.

The Blues tewas dua aksi ter­akhir mereka selepas kalah 0-1 kepada juara bertahan EPL, Manchester City sebelum mengalami keputusan sama di tangan Juventus pada saingan Liga Juara-Juara kelmarin.

Begitupun, Chelsea berpeluang untuk memulihkan situasi dan kembali ke landasan sebenar apabila menanti kunjungan Southampton yang masih gagal mencatat sebarang kemenangan daripada enam aksi EPL setakat ini.

“Kami mengalami dua kekalahan pahit untuk diterima yang mana ia adalah sesuatu yang baru buat pasukan. Sudah lama kami tidak mengalami kekalahan berturut-turut seperti ini.

“Situasi sekarang menambahkan lagi tekanan buat pemain untuk meraih keputusan positif tetapi saya percaya mereka mampu mengatasinya. Sekarang mereka perlu bangkit mencari semula kekuatan untuk aksi seterusnya,” kata Cech.

Dalam masa sama, skuad bimbingan Thomas Tuchel itu dilaporkan bakal diperkuatkan semula dengan kehadiran Mason Mount dan Reece James selepas tidak tersenarai ketika menentang Juventus disebabkan masalah kecederaan.

Bagaimanapun, nama mereka berdua tetap disenaraikan dalam skuad antarabangsa England untuk menghadapi dua aksi kelayakan Piala Dunia 2022 menentang Andorra dan Hungary minggu depan.

Sebagai rekod, Chelsea kini menduduki tangga ketiga EPL dengan 13 mata hasil empat kemenangan, satu seri dan satu kekalahan daripada enam perlawanan setakat ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI