fbpx

Bayi Shahrul Shiro kembali senyum, selamat jalani pembedahan buah pinggang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISMAIL kembali tersenyum riang selepas selamat menjalani pembedahan buah pinggang di salah sebuah pusat perubatan swasta di Selangor, semalam.

PETALING JAYA – Anak kedua pelawak dan pelakon Shahrol Shiro, Ismail Rifqi yang kini berusia lapan bulan selamat menjalani pembedahan buah pinggang di salah sebuah pusat perubatan swasta di Selangor, semalam.

Perkara itu dimaklumkan sendiri isterinya, Nor Farhanah Shamimi atau Anna menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya.

“Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Terima Kasih Ya Allah kerana telah mendengar doa hamba-hambamu. Alhamdulillah pembedahan Ismail berjalan dengan lancar dan Ismail akan terus ke wad.

“Terima kasih pada semua yang telah mendoakan urusan Ismail. Terima kasih pada yang tidak henti-henti memberikan kata-kata semangat. Hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas jasa baik kalian,” tulis Anna.

Dalan hantaran itu juga, Anna turut berkongsi beberapa keping foto anaknya selepas selesai menjalani pembedahan buah pinggang.

Menerusi InstaStory Anna, dia turut berkongsi foto anaknya berada dalam keadaan tersenyum.

“Terima kasih semua yang mendoakan kesihatan Ismail. Tengok tu dah boleh makan kemudian dah senyum,” katanya.

Terdahulu Kosmo! pada 9 September lalu melaporkan bayi tersebut menghidap penyakit buah pinggang tahap kronik.

Lebih sayu bayi lelaki itu hidup bergantung kepada hanya satu buah pinggang yang sudah mengalami kerosakan manakala satu lagi buah pinggangnya langsung tidak berfungsi dengan sepenuhnya.

Menurut Anna, Ismail memerlukan rawatan segera kerana buah pinggangnya sudah membengkak. Selain Ismail Rifqi, Shahrol Shiro dan Anna yang bernikah pada 18 Mac 2016 turut mempunyai seorang lagi anak lelaki, Iskandar Rizqi, 4.

Shahrol atau nama sebenarnya Shahrol Azizie Azmi turut mempunyai seorang anak lelaki, Muhd. Adam Danish hasil perkahwinan pertamanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI