fbpx

Aksi heavyweight Liverpool, City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIMA pemain yang dijangka mampu menyumbang mata yang banyak buat pasukan. - AFP

Oleh IRFAN BURHANUDDIN

PERTEMBUNGAN dua gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) antara Liverpool dan juara bertahan, Manchester City menjadi perlawanan tumpuan bagi saingan minggu ketujuh yang akan membuka tirainya malam ini.

Para pengurus Fantasi Premier League (FPL) perlu mencorak strategi terbaik dengan melakukan beberapa perubahan susulan keputusan-keputusan mengejut sewaktu saingan EPL minggu lalu.

Justeru, Kosmo! berkongsi beberapa tips bagi membolehkan setiap pasukan FPL mampu melakukan pertaruhan terbaik untuk memburu mata maksimum kali ini.

PENJAGA GOL
EMILIANO Martinez beraksi cemerlang buat Aston Villa ketika menentang Manchester United di Old Trafford minggu lalu sekali gus memberi bayangan mampu meraih clean sheet bertemu Tottenham Hotspur malam esok.

PERTAHANAN
MARCOS Alonso dan rakan sepasukannya di Chelsea, Antonio Rudiger serta bek kanan Aston Villa, Matthew Cash boleh diharapkan untuk mengemudi tiga benteng pertahanan pasukan anda minggu ini.

TENGAH
BUKAYO Saka mampu meneruskan kecemerlangan meledak satu gol dan mencipta satu umpanan jaringan seperti minggu lalu. Mohamed Salah dan Ismaila Sarr antara dua nama lain yang boleh menjadi pilihan.

PENYERANG
MICHAIL Antonio membuktikan dia adalah mesin gol buat West Ham United apabila kembali menggegar gawang ketika bangkit menewaskan Leeds United. Dia juga adalah antara tiga penjaring terbanyak setakat ini.

KAPTEN
ROMELU Lukaku pastinya menjadi pertaruhan Chelsea yang bertekad melepaskan geram ke atas Southampton susulan kekalahan kepada Manchester City dan Juventus dalam dua aksi terakhir pasukan itu.

FORMASI: 3-4-3
Nilai: £99

 

JADUAL PERLAWANAN

SABTU

MAN. UNITED lwn EVERTON
Siaran langsung Astro 813, 7.30 ptg

BURNLEY lwn NORWICH
Aksi berlangsung pada pukul 10 mlm

CHELSEA lwn SOUTHAMPTON
Siaran langsung Astro 813, 10 mlm

LEEDS lwn WATFORD
Siaran langsung Astro 812, 10 mlm

WOLVES lwn NEWCASTLE
Siaran langsung Astro 811, 10 mlm

AHAD

BRIGHTON lwn ARSENAL
Siaran langsung Astro 811, 12.30 tgh mlm

C. PALACE lwn LEICESTER
Siaran langsung Astro 811, 9 mlm

TOTTENHAM lwn A. VILLA
Siaran langsung Astro 813, 9 mlm

WEST HAM lwn BRENTFORD
Siaran langsung Astro 812, 9 mlm

LIVERPOOL lwn MAN. CITY
Siaran langsung Astro 813, 11.30 mlm

 

PENJARING TERBANYAK

5 gol
Michail Antonio (West Ham)
Mohamed Salah (Liverpool)
Jamie Vardy (Leicester)

4 gol
Bruno Fernandes (Man. United)
Neal Maupay (Brighton)
Ismaila Sarr (Watford)

3 gol
Cristiano Ronaldo (Man. United)
Romelu Lukaku (Chelsea)
Sadio Mane (Liverpool)
Mason Greenwood (Man. United)
Dominic Calvert-Lewin (Everton)

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI