fbpx

Akid sedia pamer taring pada sesi kelayakan hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKID (depan) berpuas hati dengan prestasi pada sesi kelayakan kejuaraan Cub Prix Malaysia di Litar Permotoran Terengganu semalam.

MESKIPUN mengalami kemala­ngan dalam sesi kelayakan CP150, Mohd. Akid Aziz dari pasukan ONEXOX TKKR Racing Team masih mampu mencatat masa terpantas di Pusingan 5 dan 6 kejuaraan Cub Prix Malaysia di Litar Permotoran Terengganu semalam.

Akid yang muncul juara Pu­singan 4 di Litar Utara Sepang dua minggu lalu membawa momentum terbaiknya sekali lagi apabila mencatat masa terpantas 49.127 saat (s) dan bertekad buat kejutan di Terengganu.

Walaupun masih belum berjaya memecah rekod yang dipegang Azroy Hakeem Anuar iaitu catatan masa 49.062s, Akid menyatakan bahawa dia berpuas hati dengan prestasi pada hari kelayakan.

“Kemalangan tadi tidak begitu serius. Ia cuma kesilapan saya terlalu mendekati pinggir litar. Apabila saya bangun, terasa se­perti ada sedikit masalah dengan motorsikal, jadi saya bergegas balik ke pit.

“Mujurlah, kru pasukan sempat membaiki jentera dan saya bukan sahaja sempat meneruskan sesi kelayakan, malah berjaya mencatat masa terpantas,” kata Akid.

Sesi kelayakan begitu penting untuk kategori CP150 di pusingan ini. Buat pertama kali sejak 2010, sesi ujian kelayakan kelas CP150 menyaksikan tiga pelumba tidak dapat beraksi di pusingan akhir disebabkan hanya 24 pelumba dibenarkan berada di petak permulaan berdasarkan peraturan yang ditetapkan untuk Litar Permotoran Terengganu.

Situasi itu menyaksikan sesi ujian kelayakan dibahagikan kepada dua kumpulan daripada 27 pelumba dengan 24 pelumba terpantas layak ke pusingan akhirOleh itu, saingan bagi kelas perdana itu dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B untuk sesi kelayakan.

Lima pelumba teratas Kumpulan A dan lima lagi dari Kumpulan B akan bertarung sekali lagi dalam sesi SuperPole untuk memastikan kedudukan grid masing-masing.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI