PETALING JAYA – Sebanyak 86.8 peratus atau 20,317,843 individu dewasa negara ini telah lengkap menerima dua dos vaksin setakat semalam.
Berdasarkan data yang dikongsikan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), sebanyak 94.2 peratus atau lebih 22,059,329 juta individu dewasa pula sudah menerima suntikan pertama.
Setakat semalam juga, sejumlah 237,245 dos suntikan harian telah diberikan di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, Perak mencatatkan pemberian dos kedua tertinggi dengan 19,714 diikuti Johor (18,873), Sarawak (18,349), Kedah (13,199) Sabah (12,725), Pulau Pinang (12,691) dan Pahang (12,450).- K! ONLINE.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929