fbpx

Kru nelayan asing sembunyi elak ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bot yang menggaji warga asing tanpa dokumen ketika ditahan berhampiran perairan Pulau Pangkor.

LUMUT – Seorang nelayan warga asing yang dipercayai bekerja secara haram ditahan hasil pemeriksaan sebuah bot nelayan dalam satu operasi padi kedudukan 0.4 batu nautika timur Pulau Pangkor pagi semalam.

Pengarah Maritim Perak, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, dalam operasi pada pukul 10.15 pagi, seorang kru warga asing bertindak menyembunyikan diri dalam bilik kemudi bot tersebut sebaik dirapati bot peronda Maritim Malaysia (APMM)

“Pemeriksaan mendapati bot tersebut dikendalikan empat kru warga tempatan serta seorang kru warga asing dipercayai warga Indonesia berumur 45 tahun yang tiada sebarang dokumen pengenalan diri.

“Bot serta kru tersebut dibawa ke Pusat Tahanan Vesel Kampung Bharu, Sitiawan bagi siasatan serta tindakan selanjutnya,” kata beliau.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI