fbpx

Tak puas hati dipandang punca bergaduh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video pergaduhan sekumpulan individu di George Town awal pagi semalam.

GEORGE TOWN – Tidak berpuas hati selepas dipandang dipercayai punca 12 individu ditahan polis selepas terbabit dalam pergaduhan di Lebuh Farquhar di sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian pukul 12.35 tengah malam itu, sekumpulan lelaki dipercayai sedang minum di sebuah restoran di situ dan kemudiannya berlaku perselisihan faham antara mereka.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Rahimi Mohd Ra’ais berkata, pihaknya menahan 12 lelaki warga tempatan bagi membantu siasatan.

“Mereka yang berusia 20 hingga 40 tahun itu ditahan secara berasingan di beberapa lokasi di sekitar George Town.

“Mereka direman sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI