fbpx

Warga Lembah Klang hanya tunggu masa balik kampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Perasaan te­ruja untuk pulang ke kampung kini semakin dirasai oleh warga ibu kota susulan kejayaan Lembah Klang beralih ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang bermula hari ini.

Tinjauan Kosmo! di sekitar Kuala Lumpur mendapati, rata-rata orang ramai sudah tidak sabar menantikan keputusan kerajaan untuk membenarkan aktiviti rentas negeri.

Menurut seorang pekerja swasta, Muhammad Ijlal Abu Bakar, 31, dia berterima kasih di atas pengorbanan kerajaan serta para petugas barisan hadapan dalam memastikan wabak Co­vid-19 terus terkawal.

“Kami hanya menanti dengan penuh sabar bagi kebenaran merentas negeri selepas sekian lama tidak pulang ke kampung untuk bertemu keluarga di Perak.

“Sebelum ini, cuma panggilan video pengubat rindu, nanti bila sudah dibuka nanti, bolehlah saya peluk cium ibu dan bapa,” kata Muhammad Ijlal.

Bagi Muhammad Arif Md. Yusri, 27, pula, peralihan Lembah Klang ke Fasa 3 menjadi petanda kebenaran rentas negeri bakal diumumkan tidak lama lagi.

“Sejak kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak tahun lalu, saya dan isteri langsung tidak dapat balik ke Kelantan.

“Bila tahu kerajaan akan membenarkan rentas negeri apabia 90 peratus populasi dewasa divaksin, saya terus melompat ,” jelasnya.

Bagaimanapun katanya, dia berharap orang ramai tidak alpa dan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Sementara itu, seorang peniaga, Ahmad Zulhelmy, 38, berkata, pembukaan lebih banyak aktiviti sukan dan taman rekreasi pada Fasa 3 memberi ruang kepada keluarganya untuk beriadah.

“Adalah sangat menggembirakan apabila dapat kembali melakukan aktiviti sukan yang selama ini tidak dapat dilakukan

“Sebelum ini tidak boleh ke taman rekreasi, kini boleh bersama rakan-rakan lain ke taman rekreasi dan amalkan gaya hidup sihat,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI