fbpx

Suami gay tidur dengan adik angkat tanpa seurat benang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
gambar hiasan

PETALING JAYA – Seorang wanita terkedu apabila mendapat tahu suaminya bernafsu songsang sehingga sanggup menduakan dirinya ketika dia sedang hamil anak sulung dua bulan.

Peguam Syarie dan Konsultan Perundangan Islam, Fahmi Ramli berkata, wanita tersebut hanya mengenali suaminya di media sosial selama sebulan sebelum memutuskan untuk berkahwin selepas pertama kali bertemu.

“Wanita ini tidak kisah sangat kerana ketika itu dia baru putus hubungan dengan bekas teman lelaki. Jadi, dia fikir lebih baik terus sahaja berkahwin. Mereka mengenali hati budi masing-masing selepas bernikah.

“Kali pertama melangkah ke rumah suaminya dia mendapati rumah tersebut begitu kemas, rapi serta sangat teratur. Dia berasa beruntung mendapat seorang suami yang pembersih.

“Cuma, ada satu bilik di rumah itu yang tersimpan baju lelaki yang bukan milik suaminya tetapi dikatakan milik adik angkatnya,” tulisnya di laman Facebook beliau hari ini.

Suaminya memberitahu, adik angkatnya jarang berada di Malaysia sebab sering terbang ke luar negara kerana bertugas sebagai pramugara dan si isteri tidak begitu kisah kerana adik angkat itu tidak tinggal bersama mereka.

Namun, selepas enam bulan mendirikan rumah tangga, adik angkat suaminya datang dan menyatakan hasrat mahu bermalam di rumah berkenaan sehari dua sebelum pulang ke kampung.

“Semasa itu barulah dia tengok secara berhadapan adik angkat suaminya. ‘Jambu’ juga rupanya. Sebelum ini pernah tengok di telefon suaminya saja.

“Malam itu, suaminya asyik berbual dengan adik angkatnya hingga lewat malam. Jadi, dia tidur dulu kerana keletihan. Ketika terjaga dari lena dia mendapati suaminya tiada di sisi.

“Dia cuba buka pintu bilik yang dihuni adik angkat suaminya perlahan-lahan dan terkejut apabila melihat suami bersama adik angkatnya sedang tidur berdua di atas katil tanpa seurat benang,” ujarnya.

Selepas beberapa hari kejadian itu berlaku, wanita itu datang bertemu Fahmi untuk bertanyakan tentang apa yang harus dilakukan.

Peguam itu berkata, perbuatan suami wanita itu salah disisi undang-undang dan hukum syarak memandangkan persetubuhan luar tabie jelas tidak bermoral dan dilarang agama.

Beliau berkata, seorang isteri berhak menuntut fasakh dengan alasan suami berkelakuan keji misalnya mengikut Seksyen 53(1)(h)(ii) Enakmen Keluarga Islam Kedah 2008 dengan kebanyakan negeri mempunyai peruntukan undang-undang yang hampir sama.

Menurutnya, beban pembuktian kes fasakh itu tertanggung ke atas isteri dan jika si isteri mendakwa suaminya berkelakuan bertentangan dengan hukum syarak maka dia perlu membuktikan perkara itu berlaku.

“Isteri sepatutnya perlu melaporkan kepada pihak berkuasa terlebih dahulu untuk proses tangkapan dan siasatan. Jika suami terbukti bersalah dan dijatuhkan hukum barulah dia terbukti berkelakuan keji mengikut hukum syarak.

“Tetapi kalau hendak terus bercerai, bincang secara baik untuk berpisah jika isteri sudah tidak mampu meneruskan perkahwinan. Perpisahan secara baik di bawah Seksyen 47 Enakmen Keluarga adalah jalan penyelesaian terbaik,” ujarnya.

Dalam pada itu, Fahmi berpendapat, bekas suami wanita berkenaan mungkin mengalami masalah biseksual yang mempunyai tariksan sesksual terhadap perempuan dan lelaki.

“Ini bukan soal nafsu semata-mata. Ini penyakit yang perlu diubat bagi seorang lelaki mahupun perempuan yang patut dirawat. Jangan biarkan isu sebegini menjadi kebiasaan untuk didengar. Padah jika kita tidak tegas menanganinya,” ujarnya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI