fbpx

Soyou temui ‘pengganti’ baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOYOU

USAI menarik diri daripada Starship Entertainment, bekas anggota kumpulan Sistar, Soyou dilaporkan sudah menemui agensi baharu untuk bernaung.

Big Planet Made menerusi satu kenyataan dalam laman sosialnya memberitahu, Soyou kini menjadi artis naungan terbaharu mereka dan bersedia untuk berkolaborasi bersama dengannya.

“Big Planet Made menjadi agensi pertama dalam industri hiburan yang menandatangani perjanjian bersama artis rasmi kami, Soyou.

“Melangkah ke hadapan, kami merancang untuk menyusun pelbagai strategi dan rangka pemasaran bagi artis yang bernaung bawah syarikat kami,” katanya ringkas.

Sementara itu, Soyou atau nama sebenarnya Kang Ji-hyun, 29, menerusi ciapan ringkas dalam Twitter turut berkongsi berita gembira tersebut bersama peminat dan pengikutnya.

Terdahulu, Soyou meninggalkan Starship pada 8 September lalu selepas 11 tahun bersama label pengurusan popular tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI