PUTRAJAYA – Hanya tiga negeri kekal merekodkan kes harian empat digit hari ini iaitu Sarawak (2,413 kes), Selangor (1,568 kes) dan Johor (1,217 kes) dengan keseluruhan kes harian negara mencatatkan di bawah angka 12,000.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, berdasarkan data jangkitan baharu kes positif Covid-19, sebanyak 11,889 kes dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes keseluruhan sebanyak 2,257,584 kes.
“Negeri-negeri lain ialah Perak (959 kes), Sabah (872 kes), Kelantan (858 kes), Pahang (831 kes), Pulau Pinang (779 kes), Kedah (710 kes), Terengganu (699 kes), Melaka (378 kes), Kuala Lumpur (289 kes) dan Negeri Sembilan (197 kes).
“Perlis (81 kes), Putrajaya (36 kes) dan Labuan (dua kes),” menurut hantaran Facebook beliau di sini hari ini. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929