fbpx

Penolong Pegawai Tanah Bentong didakwa terima suapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh dibawa keluar dari mahkamah selepas didakwa menerima suapan di Mahkamah Majistret Kuantan di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Seorang penolong pegawai tanah di Pejabat Daerah dan Tanah Bentong dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan di sini hari ini atas enam pertuduhan menerima suapan daripada seorang ahli perniagaan.

Bagaimanapun tertuduh, Mohd Faris Romle, 36, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Nurul Farahah Md. Suah.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu antara 10 Februari hingga 17 September tahun lalu di sebuah bank dekat bandar Bentong.

Menurut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menerima antara RM100 hingga RM400 melalui pemindahan wang dalam talian dilakukan ahli perniagaan terbabit bagi tujuan membabitkan tugasan tertuduh sebagai penjawat awam di Unit Penguatkuasaan Pejabat Daerah dan Tanah Bentong.

Jumlah keseluruhan transaksi pindahan wang dalam talian yang diterima tertuduh ialah RM1,400.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Sarah Zainal Abiddin mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tertuduh dalam rayuannya meminta mahkamah mengurangkan jumlah ikat jamin memandangkan dia hanya memperoleh gaji bersih RM1,500 sebulan selain menanggung isteri dan dua anak.

Mahkamah kemudiannya menetapkan ikat jamin RM5,000 bagi semua pertuduhan sepertimana yang diminta oleh Timbalan Pendakwa Raya.

Mahkamah menetapkan 1 November depan bagi sebutan semula kes dan lantikan peguam oleh tertuduh. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI