PUTRAJAYA – Sarawak mencatatkan kematian tertinggi Covid-19 dengan 40 kes daripada 192 kes kematian, berdasarkan data dipaparkan pada laman web CovidNow.
Menurut maklumat yang dikemas kini pukul 11.59 malam tadi, daripada jumlah 192 kes kematian itu, sebanyak 89 kes adalah kematian sebenar bagi tempoh purata tujuh hari sehingga semalam.
“Ini menjadikan jumlah kematian Covid-19 di seluruh negara mencecah 26,335 kes.
“Terdapat 47 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID) dengan jumlah kumulatif kes BID di seluruh negara sebanyak 5,279 kes,” demikian maklumat tersebut di sini hari ini.
Dalam pada itu, negeri lain yang mencatatkan kematian ialah Johor (34), Perak (23), Pulau Pinang (21), Sabah (20), Selangor (18), Kedah (9), Terengganu (8), Kuala Lumpur (7), Melaka (4), Perlis (4), Negeri Sembilan (2), Pahang (1) dan Kelantan (1) serta tiada kematian Covid-19 di Labuan dan Putrajaya.
Sementara itu, sebanyak 164,536 kes aktif dilaporkan melibatkan 136,436 kes dikuarantin di rumah, 18,263 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 8,913 kes di hospital, 414 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 510 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. -K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929