fbpx

Jerat pelaburan emas, RM120,000 dikebas scammer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Tiga individu mengalami kerugian kira-kira RM120,000 gara-gara terpedaya dengan janji manis skim pelaburan emas dalam talian yang menawarkan pakej murah tetapi menjanjikan untung lumayan.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd. Sohaimi Ishak berkata, ketiga-tiga mangsa yang berusia 25 hingga 50 tahun dikatakan tertarik dengan pakej yang ditawarkan sindiket penipuan terbabit.

Menurutnya, skim pakej pelaburan Gold Hub International.com menawarkan pulangan antara 3 hingga 11 peratus dalam tempoh tiga hari dengan pakej serendah RM300.

“Mangsa dipercayai tertarik dengan pakej murah tetapi memberikan pulangan lumayan sebelum mangsa melakukan beberapa transaksi ke akaun sindiket berkenaan melibatkan kerugian kira-kira RM120,000.

“Hasil siasatan awal mendapati, mangsa terjebak dengan skim pelaburan tidak wujud ini menerusi hebahan daripada kenalan serta dalam talian.

“Sehingga kini hanya tiga mangsa tampil membuat laporan berkaitan dengan kes penipuan skim pelaburan emas ini semalam,”katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd. Sohaimi berkata, pihaknya masih melakukan siasatan lanjut terhadap skim pelaburan terbabit dan pihaknya percaya masih ramai mangsa terpedaya.

Katanya, kes disiasat dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, Mohd. Sohaimi menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan sebarang skim pelaburan yang menawarkan pulangan tinggi dan tidak munasabah daripada mana-mana pihak.

“Orang ramai boleh membuat semakan melalui laman web rasmi Bank Negara Malaysia sebelum mengambil keputusan untuk melabur dengan mana-mana pihak atau syarikat,” ujarnya.- K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI