fbpx

Jatuh flyover: Qhaizul Izhar perlu jalani rawatan psikologi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Muhammad Yazid (kanan) memberi penerangan kepada Munawar selepas melakukan rawatan susulan kepada Qhaizul di Hospita Pakar KPJ Johor, Johor Bahru, Johor hari ini.

JOHOR BAHRU – Adik kepada mangsa korban kemalangan terjatuh laluan bertingkat atau flyover Lebuh Raya Lingkaran Penyuraian Timur (EDL) berhampiran Pandan perlu menjalani rawatan susulan bagi mengetahui tahap trauma dan tekanan yang dihadapi akibat eksiden yang meragut nyawa abangnya pada 24 September lalu.

Pegawai Perubatan Kesihatan Pekerjaan, Hospital Pakar KPJ Johor, Dr. Muhammad Yazid Abd. Manaf berkata, Qhaizul Izhar Munawar, 19, perlu dirujuk kepada pakar psikiatri dan psikologi dalam menguruskan trauma yang dihadapinya.

“Apabila seseorang itu mengalami trauma yang kita kategorikan sebagai teruk yang mana kemalangan menyebabkan kematian salah seorang keluarga iaitu abangnya, serba sedikit dia akan menjejaskan mental dan emosi.

“Keadaan ini dia (mangsa) akan mengalami post traumatic stress disorder iaitu tekanan atau trauma selepas kemalangan.

“Saya juga menasihatkan ibu bapa pesakit supaya anaknya dirujuk kepada pakar psikiatri atau psikologi supaya dia dapat menangani stres atau trauma yang dihadapi dengan lebih baik,”katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Berita berkaitan: [VIDEO] Maut jatuh ‘flyover’ lepas hantar adik vaksin

Terdahulu, Qhaizul ditemani bapanya, Munawar Karim, 43, serta ibu, Suriani Ponjian, 40, menjalani rawatan susulan di Hospital Pakar KPJ Johor di sini.

Hospital Pakar KPJ Johor mengambil inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan menawarkan perkhidmatan rawatan susulan secara percuma kepada Qhaizul berikutan remaja itu merupakan penerima suntikan vaksin di hospital berkenaan baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Dr. Muhammad Yazid berkata, Qhaizul mengalami kecederaan fizikal luaran iaitu luka pada bahagian dagu, kaki, tangan serta bahagian perut.

Berita berkaitan: Simpan pakaian, petanda dia mahu pergi selamanya

Jelasnya, luka telah beransur pulih selain tiada jangkitan yang teruk dan memerlukan satu atau dua rawatan susulan bagi memastikan keadaan kembali pulih seperti biasa.

Kosmo! pada 25 September lalu melaporkan hasrat murni seorang abang untuk membawa pulang adiknya selepas menerima vaksin Covid-19 berakhir dengan tragedi apabila dia maut selepas tercampak jatuh dari laluan bertingkat Lebuh Raya Lingkaran Penyuraian Timur (EDL) di sini.

Dalam kejadian pukul 11.20 pagi itu, mangsa, Muhamad Nur Ramadan Munawar, 21, maut di tempat kejadian manakala adiknya, Qhaizul Izhar, 19, mengalami kecederaan ringan apabila terjatuh di lokasi kemalangan.- K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI