fbpx

Ika Mustafa tak mahu mengalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYANYI berusia 23 tahun ini pernah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh sekitar awal tahun lalu kerana dijangkiti Covid-19 selepas pulang dari China.

NAMA Ika Mustafa mungkin masih belum cukup mesra meniti di bibir penggemar muzik tempatan sebagai seorang penyanyi.

Biarpun hakikatnya, Ika sebelum ini pernah tampil dengan sebuah single berjudul Damaikanlah.

Pun begitu sehingga sekarang, namanya masih kedengaran asing sebagai salah seorang penyanyi yang mewarnai industri muzik tempatan.

Menerusi Damaikanlah yang dikeluarkan sekitar 2019, single tersebut diangkat menjadi runut bunyi drama Setelah Ku Dimiliki dan tidak kurang hebatnya apabila mencatat jumlah tontonan lebih 665,000 dalam YouTube sehingga hari ini.

Berpengalaman menjadi penyanyi latar untuk lagu artis-artis bawah kendalian Audi Mok, semangat Ika menghasilkan single terbaharunya berjudul Puja perlu diberi pujian.

Walaupun berdepan detik sukar kerana pandemik Covid-19, penyanyi muda itu tidak pernah berputus asa untuk melahirkan Puja yang menjalani proses rakaman di rumah.

“Terus terang, saya yakin dengan bakat dan kekuatan dalam diri untuk menempuhi dugaan yang mendatang. Sebelum ini saya banyak menimba pengalaman ketika menjadi suara latar untuk lagu-lagu komposer Audi Mok.

“Justeru, saya amat gembira dan bersyukur apabila Audi dan Tysha Tiar sudi bergabung menghasilkan single Puja. Saya teruja dan bersemangat untuk melakukan yang terbaik,” katanya.

SINGLE Puja dirakamkan Ika di rumah memandangkan studio rakaman tidak dapat beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Berani mencuba

Ujar Ika, 23, dia tahu dan sedar situasi semasa hari ini memberi banyak kekangan sekali gus menjadi satu cabaran besar bukan sahaja dirinya, bahkan untuk orang lain juga.

Bagaimanapun, dia tidak mahu keadaan wabak yang masih menular ketika ini menjadi penghalang untuknya daripada terus berkarya.

“Disebabkan peluang yang diberikan ini, saya tidak kisah apabila perlu menjalani rakaman di rumah sahaja. Selesai sahaja rakaman, hasilnya terus saya beri kepada Audi, Tysha dan juga Shazee Ishak yang bertindak sebagai penerbit,” ujarnya.

Ujar pemilik nama lengkap Nursyafiqah Mustafa itu lagi, dia mahu ketiga-tiga individu terbabit mendengar rakaman yang dibuatnya.

Dari situ, dia belajar memperbaiki kekurangan yang ada untuk menjadikan lagu tersebut dihasilkan lebih baik.

KEADAAN sukar akibat pandemik ketika ini langsung tidak mematahkan semangat Ika untuk menghasilkan single baharunya berjudul Puja.

“Jadi, apabila dapat peluang sebegini dengan dibantu teknologi serba maju sekarang, semuanya jadi mudah dan menjadi kenyataan. Apa yang paling utama, saya kena yakin dan berani mencuba,” katanya.

Kini, Ika meletakkan harapan agar single Puja berjaya menambat hati semua pendengar sekali gus memberikan sokongan kepadanya untuk terus berusaha sehingga menggapai kejayaan.

Single Puja boleh didengari dalam semua pelantar digital bermula 10 September lalu. Sementara video liriknya juga sudah dilancarkan dan tersedia dalam saluran YouTube Alternate Records & Talents.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI