fbpx

Cemburu punca wanita dikelar sampai mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat mangsa ditemui dalam keadaan tidak berpakaian dan diselimuti sehelai kain. - Foto IHSAN POLIS

KAJANG – Seramai enam individu ditahan berhubung kes penemuan mayat seorang wanita di sebuah kedai makan di Bandar Rinching, Semenyih di sini pada Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, mereka yang ditahan merupakan seorang warga tempatan, tiga warga Myanmar dan dua warga Pakistan yang semuanya berusia 30 hingga 50 tahun.

“Beberapa barang kes turut dirampas antaranya telefon bimbit dan dokumen peribadi milik si mati, barang kemas, wang RM2,400 dan pakaian suspek yang mempunyai kesan darah.

“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan kelaran objek tajam pada leher, belakang tengkuk dan pipi si mati,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Berita berkaitan: Mayat wanita disyaki dibunuh ditemui dalam kedai

Menurut Mohd. Zaid, mangsa dipercayai dibunuh akibat cemburu dan pihak polis kini sedang berusaha mengesan waris si mati memandangkan mayatnya masih belum dituntut.

“Kesemua suspek masih dalam tahanan reman sehingga 5 Oktober ini bagi membantu siasatan,” ujar beliau.

Terdahulu, Kosmo! pada 28 September lalu melaporkan tentang penemuan mayat seorang wanita warga Indonesia berusia awal 50-an dalam keadaan tidak berbaju dan diselimuti sehelai kain di dalam sebuah premis kedai makan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI