fbpx

Dana lebih RM17 juta untuk pembangunan berkaitan vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adham

Oleh PETAH WAZZAN ISKANDAR

PUTRAJAYA – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) memperuntukkan dana lebih RM17 juta bagi menjayakan projek genome surveillance virus SARS-CoV-2 dan konsortium merangkumi tujuh makmal yang bertujuan berkaitan vaksin tempatan termasuk Covid-19.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Sri Dr. Adham Baba, mengumumkan perkembangan sokongan pembiayaan dalam meningkatkan ekosistem penyelidikan dan pembangunan yang berkaitan dengan vaksin tempatan yang kondusif serta berdaya saing.

Projek pertama, katanya, sebanyak RM3,227,200 diperuntukan di bawah Dana Penyelidikan Strategik untuk membiayai projek genome surveillance virus SARS-CoV-2 yang merupakan virus penyebab penyakit Covid-19 yang dijangka menjujuk 3,000 genom virus SARS-CoV-2.

Katanya, projek itu penting dan strategik untuk mengenal pasti dan memantau varian virus SARS-CoV-2 terutamanya Varian Membimbangkan (VOC) seperti varian Delta atau varian perlu diwaspada (VOI) seperti varian Lambda dan Mu.

“Selain itu, projek kedua melibatkan tambahan dana sebanyak RM13.9 juta kepada konsortium merangkumi tujuh makmal di bawah MOSTI, Kementerian Kesihatan dan Institusi-institusi Pengajian Tinggi, di bawah Kementerian Pengajian Tinggi.

“Konsortium ini berperanan untuk memudah cara kerjasama dan menjana hasil-hasil penyelidikan dalam bidang penyakit berjangkit virus SARS-CoV-2, seterusnya memangkinkan pembangunan vaksin tempatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Makmal-makmal yang terlibat adalah Malaysia Genome Institute (MGI), MOSTI; Institute for Medical Research (IMR), Kementerian Kesihatan Malaysia; UKM Medical Molecular Biology Institute (UMBI) dan Tropical and Infectious Diseases Research Centre (TIDREC) di Universiti Malaya.

Turut terlibat ialah Jabatan Mikrobiologi Fakulti Perubatan Universiti Malaya; Institute iPROMISE Universiti Teknologi Mara dan Institute of Health and Community Medicine dari UNIMAS. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI