fbpx

Caprice + King Coco = Cocorice – Netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar video memaparkan Caprice bertemu dengan King Coco baru-baru ini.

PETALING JAYA – “King Coco campur Caprice bersamaan Cocorice.”

Itu antara komen lucu yang ditulis netizen selepas dua individu sensasi iaitu Caprice dan pensohor media sosial King Koko akhirnya berjumpa empat mata dalam satu sesi pertemuan baru-baru ini.

Menerusi pertemuan tersebut, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 33, dilihat bertemu dengan King Coco di sebuah pejabat dipercayai milik aktivis kemanusiaan itu.

Susulan daripada itu, ramai netizen yang menjadi pakar cari jodoh apabila ada yang mencadangkan kedua-dua mereka disatukan sebagai suami isteri.

“Elok sangat mereka berdua ini. Semoga berjodohan, tolong semua doakan,” kata seorang pengguna Instagram.

“Apa kata kita jodohkan Caprice dengan King Coco? Dua-dua pelat,” seloroh seorang lagi netizen dalam ruangan komen sebuah hantaran Instagram milik penyanyi rap berkenaan.

Lebih lucu ada pula netizen yang menggabungkan nama mereka: “King Coco campur Caprice jadilah Cocorice.”

 

TANGKAP layar antara komen lucu netizen yang menjodohkan King Coco dan Caprice.

Dalam entri lain, Caprice turut memuat naik sebuah video memaparkan dia dan King Coco bersaing bagi membuktikan siapakah antara mereka yang paling pelat bertutur dalam bahasa Melayu.

Persaingan tersebut menyaksikan dia dan King Coco membaca sebuah cerita kanak-kanak iaitu sang kancil dan buaya.

“Siapa lagi pelat?” soal Caprice yang meminta pengikut Instagramnya mengundi.

Rata-rata netizen mengundi bahawa King Coco lebih pelat berbanding daripada Caprice.

Sebelum ini, Caprice pernah dikecam kerana dikatakan menyindir King Coco dengan gurauan kasar.

Coco pula turut memberi amaran agar tidak melibatkan dirinya dalam kemelut antara Caprice dengan individu lain.

Untuk rekod, King Coco atau nama sebenarnya, Marshaira Ismail mengesahkan sudah bercerai dengan suaminya, Azrin Anas Abdul Shukor yang dikahwininya pada 1 Januari 2017.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Kyle Mateen dan Putra Muhammad Haqeem.

Selain terkenal dengan gaya percakapan ala mat salih, King Coco mencetuskan kontroversi apabila dia dituduh sebagai perampas suami orang.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI