fbpx

Azzam, Sheryl selamat bertunang, nikah tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azzam dan Sheryl selamat melangsungkan pertunangan malam tadi.

PETALING JAYA – Penyanyi Azzam Sham dan kekasihnya, Sheryl Shazwanie selamat melangsungkan pertunangan malam tadi.

Azzam, 23, berkata, majlis serba ringkas yang mematuhi prosedur operasi standard (SOP) tersebut berlangsung di kediaman keluarga Sheryl dan mereka merancang untuk berkahwin sekitar awal tahun depan.

“Kami sebenarnya kenal sebagai kawan sejak tahun 2015 lagi. Kebetulan perjalanan seni kami sama.

“Kami pernah menyertai sebuah syarikat rakaman sebelum bertukar ke MVM Production dan Rusa Music. Cuma sejak dua tahun lalu, ikatan kawan itu bertukar jadi lebih istimewa.

“Harapnya perancangan kami mendirikan masjid dan bergelar suami isteri tahun depan nanti dipermudahkan,” katanya kepada Kosmo! Online.

Menurut Azzam atau nama lengkapnya Muhammad Azzammuddin Lop Hisham, dia menyenangi sikap serta keperibadian bakal isterinya itu sejak dari awal perkenalan.

“Saya tertarik kepada pembawakan dirinya termasuk keayuan dan budi bahasanya.

“Malah cara dia melayan ibu bapanya itu saya boleh sifatkan terlalu mahal. Paling penting dia faham saya,” ujarnya.

Terdahulu, juara program realiti Bigstage 2020 itu dan Sheryl, 23, sama-sama mengambil pendekatan untuk tidak berahsia mengenai hubungan percintaan yang mereka jalinkan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI