fbpx

‘Assalamualaikum, nama saya Ayash Affan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAJAH Ayash didedahkan kepada umum buat pertama kali hari ini.

PETALING JAYA – Selepas lebih sebulan dilahirkan, akhirnya pelawak terkenal Shuib mendedahkan wajah anak bongsunya bersama Allahyarham Siti Sarah, Ayash Affan kepada umum secara rasmi dalam Instagram hari ini.

Pendedahan tersebut dilakukan dengan memuat naik sebuah video dalam akaun Instagram Shuib dengan memaparkan bayi berusia sebulan lebih itu sedang nyenyak tidur di dalam sebuah katil yang siap dilengkapi dengan kelambu.

“Assalammualaikum, nama saya Ayash Affan Shahmira.

“Terima kasih kerana mendoakan kesejahteraan saya,” tulisnya dalam ruangan kapsyen ringkas.

Dalam pada itu, video yang dimuat naik kurang sejam itu telah ditonton lebih 100,000 ribu orang dan meraih 2,000 komen.

Rata-rata netizen menitipkan doa buat Ayash agar membesar menjadi anak yang soleh pada satu hari nanti.

Bahkan, ada yang menitiskan air mata kerana teringat pada Siti Sarah setiap kali menatap wajah Ayash.

“Semoga menjadi anak yang soleh sayang,” komen seorang pengikut Instagram Shuib.

“Lambang pengorbanan ibu, jangan lupa ibumu nak. Sedihnya tiap kali teringat Almarhumah Siti Sarah,” luah seorang lagi netizen.

Semalam, Kosmo! melaporkan 30 September sepatutnya menjadi tarikh lahir Ayash namun segala perancangan berubah selepas Siti Sarah dijangkiti Covid-19.

Untuk rekod, Ayash dilahirkan pramatang secara pembedahan pada 6 Ogos lalu dan dibenarkan dibawa pulang ke rumah pada 14 September lalu.

Tiga hari kemudian, Siti Sarah disahkan meninggal dunia pada 9 Ogos lalu akibat jangkitan Covid-19 di Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Kuala Lumpur. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI