PETALING JAYA- Dua negeri di pantai timur masing-masing melibatkan Pahang dan Terengganu berdepan amaran ribut petir sehingga pukul 10 pagi nanti.
Jabatan Meteorologi Malaysia berkata, selain dua negeri di Semenanjung itu, beberapa kawasan di Sarawak menerima amaran sama.
“Di Pahang, kawasan terlibat meliputi Cameron Highlands, Lipis dan Jerantut manakala di Terengganu melibatkan kawasan Dungun serta Kemaman.
“Di Sarawak pula, melibatkan kawasan seperti Kuching, Serian, Samarahan, Sibu, Mukah dan Bintulu,” katanya hari ini.
Semalam, penduduk di Kampung Seri Jaya Baru di Tampoi, Johor dikejutkan dengan kejadian ‘banjir berdarah’ apabila kawasan itu dinaiki air dengan warna merah seakan darah.
Bagaimanapun, kejadian banjir berdarah itu dilaporkan berpunca daripada sebuah kilang tekstil di kampung berkenaan. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929