PETALING JAYA – Sebanyak 86.3 peratus atau 20,202,624 individu dewasa di negara ini sudah lengkap mengambil dua dos suntikan vaksin.
Melalui data yang dikongsikan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19, sebanyak 94.2 peratus atau 22,042,703 pula sudah menerima dos pertama, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin setakat semalam sebanyak 43,696,743 dos.
Sementara itu, vaksinasi harian semalam pula mencatatkan sebanyak 329,163 dos dengan 167,443 individu menerima dos pertama, manakala 161,720 pula lengkap dos kedua. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929