fbpx

Wee Wern selamat jalani pembedahan lutut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WEE WERN menunjukkan tanda bagus selepas selamat menjalani pembedahan lutut di Pusat Pembedahan Fortius, London pada Selasa lalu. - IG WEE WERN

PEMAIN skuasy wanita No. 1 negara, Low Wee Wern perlu berehat sekurang-kurangnya enam bulan selepas selamat menjalani pembedahan lutut kanan di Pusat Pembedahan Fortius, London pada Selasa lalu.

Wee Wern, 31, tiada pilihan selain melakukan pembedahan terhadap dua kecederaan dialami iaitu Medial Collateral Ligament (MCL) dan Posterior Cruciate Ligament (PCL) pada lutut kanannya.

“Saya dalam keadaan baik sekarang, pembedahan juga berjalan seperti dirancang (untuk) membaik pulih MCL dan PCL saya selain membuang osteophytes (tonjolan tulang) di bahagian sendi lutut.

“Saya akan memakai pendakap lutut dan tongkat untuk beberapa minggu. Saya perlu berehat untuk tempoh enam minggu. Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya.

“Saya telah melalui beberapa kecederaan serius pada masa lalu. Ia mengajar saya bagaimana untuk menghadapi cabaran ini kerana ia tiada berbeza dengan sekarang,” katanya.

Pemain No. 35 dunia itu juga menjelaskan, keputusannya untuk menjalani pembedahan di London berbanding Malaysia disebabkan kepakaran pakar lutut yang ada di sana.

Wee Wern baru sempat menyertai tiga pertandingan tahun ini termasuk Kejohanan Dunia di Chicago, Amerika Syarikat pada Julai lalu selain terpaksa menarik diri daripada Terbuka Manchester dua bulan lepas kerana kecederaan lutut itu.

Sebagai rekod, bintang skuasy dari Pulau Pinang itu pernah berehat hampir dua tahun disebabkan kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) pada 2015. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI