fbpx

Wanita lebih patuh perintah berkurung berbanding lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki lebih pantas menjalani kehidupan normal selepas pandemik berbanding wanita. - Getty Images

VIENNA, AUSTRIA – Satu kajian terbaharu di Austria mendapati bahawa golongan wanita lebih mematuhi peraturan berkaitan perintah berkurung berbanding lelaki, lapor akhbar Metro UK kelmarin.

Kajian dijalankan sekumpulan penyelidik dari Hab Sains Complexity itu mendedahkan bahawa orang lelaki kurang patuh kepada peraturan yang menyebabkan pergerakan mereka dihadkan akibat perintah berkurung dan lebih cenderung untuk kembali hidup secara normal lebih cepat.

Selain itu, kajian dijalankan ke atas 15 peratus populasi Austria itu turut mendapati bahawa orang ramai cenderung membuat panggilan telefon lebih lama ketika pandemik Covid-19.

Penyelidik melihat kepada data telefon bimbit dalam kalangan 1.2 juta penduduk Austria antara Februari hingga Jun 2020 bagi mengkaji impak perintah berkurung pertama di negara itu.

“Penduduk didapati berbual lebih lama menggunakan telefon dan bercakap dengan hanya beberapa orang berbanding kebiasaan ketika tempoh pandemik,” kata seorang penyelidik, Tobias Reisch.

Tambah Reisch, pelaksanaan perintah berkurung dalam kehidupan orang ramai adalah seperti satu eksperimen hidup.

“Kami tertarik untuk melihat sejauh mana orang awam menyokong langkah anti-koronavirus yang dilaksanakan oleh kerajaan.

“Apabila kami menilai data yang diperoleh mengikut jantina, kami mendapati terdapat perbezaan tingkah laku yang ketara dalam kalangan lelaki dan wanita,” kata Reisch. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI