fbpx

Uyaina lega gerai makannya kembali beroperasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Uyaina bersyukur dan gembira selepas perniagaan gerai makanan King’s Eye di Masok Food Court, Kampung Baru, Kuala Lumpur yang diusahakan bersama kekasihnya iaitu penyanyi, Raja Syahiran kini kembali ‘bernafas’ seperti biasa.

PETALING JAYA – Pengacara dan juga pelakon Uyaina Arshad gembira selepas perniagaan gerai makanan King’s Eye di Masok Food Court, Kampung Baru, Kuala Lumpur yang diusahakan bersama kekasihnya iaitu penyanyi, Raja Syahiran kini telah kembali ‘bernafas’ seperti biasa.

Bercakap kepada Kosmo! Online, Uyaina atau nama lengkapnya Shaidatul Naseha Uyaina Arshad, 29, berkata, pembukaan semula gerai makan itu sedikit sebanyak membantu beberapa rakannya yang menjadi pekerja di situ menjana semula pendapatan.

“Selama lebih tiga bulan gerai kami tidak beroperasi selepas kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa dua sejak Mei lalu. Kami hanya menjalankan servis penghantaran makanan sepanjang PKP berlangsung.

“Alhamdulillah selepas kerajaan mula memberikan kebenaran ‘dine-in’ dengan menggariskan prosedur operasi standard (SOP), perniagaan dapat bernafas semula perlahan-lahan,” katanya.

Dalam pada itu, bekas juara pertandingan Nona Manis 2015 itu menafikan bahawa perniagaan bersama itu diusahakan sebagai persiapan untuk melangkah ke fasa seterusnya (berkahwin).

“Bisnes ini dijalankan bukan sebab kami nak melangkah ke fasa seterusnya. Niat kami memang nak membantu orang.

“Saya dan Syahiran akui semenjak kami mula berniaga, kami banyak belajar mengenai dunia perniagaan yang cuba bangkit daripada pandemik,” ujarnya.

Kata Uyaina, semuanya bermula selepas dia didekati Alif Farhan mewakili kumpulan Floor 88 yang mengusahakan gerai makan (food court) di Kampung Baru pada Disember tahun lalu.

“Saya langsung tidak pernah terfikir untuk berniaga. Tapi apabila saya memberitahu Syahiran, dia kata sepupunya merupakan seorang cef berpengalaman dalam bisnes perniagaan.

“Jadi kami terfikir apa salahnya jika kami bergadung dengan mereka menjalankan perniagaan makanan barat iaitu ‘chicken chop’ dan aneka jenis spaghetti,” jelasnya.

Tambah Uyaina, dia bersyukur keadaan semakin pulih dan pelanggan mula mengunjungi gerai yang diusahakannya kerana membolehkan pekerjanya menjana pendapatan.

Dalam perkembangan lain, Uyaina bakal menyambung semula penggambaran sebuah drama berjudul Kau Cipta Kasih pada Oktober nanti yang bakal menghiasi slot Samarinda TV3.

Menerusi drama tersebut, Uyaina bakal bergandingan dengan aktor, Nazim Othman. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI