fbpx

TRW ikat Sabah FC 2-2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERTAHANAN Kelantan FC, Mohd. Zubir Azmi (kanan) mengawal ketat pergerakan N. Thanalaban pada aksi Kumpulan D, Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu hari ini. Foto ZULHANIFA SIDEK

KOTA BHARU – Kelantan FC kempunan untuk meraih mata penuh apabila hanya sekadar meraih keputusan seri 2-2 dengan Sabah FC pada aksi Kumpulan D Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV di sini sebentar tadi.

Pelawat terlebih dahulu mengejutkan tuan rumah dengan jaringan pembukaan pada minit ke-31 menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Risto Mitrevski selepas bola lambungan Mohd. Amri Yahya terkena tangan kapten Kelantan FC, Mohd. Zubir Azmi.

Bagaimanapun, Kelantan FC berjaya menyamakan kedudukan lapan minit kemudian selepas ayam tambatan, Natanael Ringo merembat bola selepas menerima lorongan daripada Mior Dani Armin Mior Ariffin untuk menewaskan penjaga gol Sabah FC, Reny Rining.

Kem Kelantan FC bersorak gembira apabila pemain gantian, Muhammad Haziq meledak jaringan kedua pada minit ke-70 menerusi rembatan dalam kotak penalti.

Bagaimanapun, pelawat kembali mengikat kedudukan 2-2 menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Risto Mitrevski pada minit ke-78 selepas Muhammad Yusri Yuhasmadi menjatuhkan N. Thanabalan di kawasan kotak penalti.

Kedudukan 2-2 kekal sehingga ke wisel penamat perlawanan sekali gus menyaksikan skuad kendalian bekas jurulatih negara, Datuk Ong Kim Swee hanya mampu membawa pulang satu mata dari Kota Bharu.- K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI