fbpx

Taman Eko Rimba Ulu Bendul dibuka semula, selamat dikunjungi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kawasan rekreasi Taman Eko Rimba Ulu Bendul dibuka Isnin lalu

KUALA PILAH – Kawasan rekreasi Taman Eko Rimba Ulu Bendul yang ditutup sebelum ini selepas terdapat kes jangkitan Covid-19, rotavirus dan kencing tikus kini dibuka semula Isnin lalu serta selamat dikunjungi.

Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP), Mohd. Faizal Abdul Manap berkata,
bagaimanapun orang ramai diingatkan supaya mengambil sikap tanggungjawab dengan menjaga kebersihan dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Saya telah arahkan Pegawai Penguatkuasa Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) dibantu Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan dan pihak polis turun padang memantau aktiviti pengunjung di Ulu Bendul bagi memastikan mereka menjaga SOP dan kes jangkitan virus tidak berulang.

“Selain itu, sebanyak 70 tong sampah telah disediakan di kawasan rekreasi ini dan ianya mencukupi, jika menjalankan aktiviti berkumpulan bersama keluarga saya nasihatkan bawa plastik sampah sendiri dan buang di tempat sepatutnya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Jelas beliau, kawasan rekreasi itu dibuka kerana kita juga menyedari keperluan peniaga kecil untuk meneruskan perniagaan mereka selepas terkesan dengan pandemik Covid-19. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI