fbpx

Sindiket edar dadah di Sungai Petani tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rampasan dadah jenis syabu di Sungai Petani pada kelmarin.

SUNGAI PETANI – Kegiatan dua sindiket yang menjadikan Sungai Petani sebagai lokasi mengedar dadah tumpas selepas polis menahan tiga individu serta merampas kira-kira 1.95 kilogram (kg) dadah bernilai RM50,050.

Serbuan dilakukan di Gurun dan Sungai Petani pada kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, tiga individu yang ditahan terdiri daripada seorang wanita dan dua lelaki berusia antara 22 hingga 41 tahun.

Katanya, tangkapan pertama dibuat oleh sepasukan polis dari Unit Expressway Mobile Patrol Vehicles Bukit Aman (Zon Utara) pada pukul 6.30 petang di sekatan jalan raya (SJR) Lebuh Raya Utara Selatan di Gurun.

Katanya, dua suspek lelaki berusia 34 dan 41 tahun ditahan bersama dadah jenis heroin, syabu dan ganja seberat 901.8 gram bernilai RM 12,200.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek merupakan penagih tegar dan terlibat dalam aktiviti pengedaran heroin sejak empat bulan lalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. -! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI