PUTRAJAYA – Kes harian negara merekodkan sebanyak 12,735 kes hari ini yang disumbangkan oleh semua negeri, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 2,245,695 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Sarawak kekal tertinggi dengan 2,487 kes, diikuti oleh Selangor (1,940 kes) dan Johor (1,241 kes).
“Kelantan (1,232 kes), Kedah (1,033 kes), Sabah (993 kes), Perak (913 kes), Pulau Pinang (763 kes), Terengganu (726 kes), Pahang (697 kes), Kuala Lumpur (258 kes), Melaka (194 kes) dan Negeri Sembilan (132 kes).
“Perlis (97 kes), Putrajaya (28 kes) dan Labuan (satu kes),” menurut ciapan Twitter beliau di sini hari ini. – K! ONLINE