fbpx

Sasha Saidin sudah divaksin empat kali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SASHA SAIDIN kini selamat mendaoat suntikan keempat vaksin Covid-19 sepanjang menetap di Dubai bersama suaminya.

PETALING JAYA – Jika masih ada dalam kalangan artis atau ahli masyarakat yang menolak vaksinasi Covid-19, pengalaman yang dikongsikan oleh penyanyi Sasha Saidin yang juga anggota anggota kumpulan Elite sebagai penerima empat kali dos vaksin Covid-19 ketika ini barangkali boleh dijadikan inspirasi.

Menurut Sasha, 44, yang kini menetap di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) bersama suaminya, Sirhan Wahab, 43, dia telah mula menerima vaksin sejak Disember tahun lalu.

“Ya, saya telah suntik empat dos vaksin. Sinopharm dos pertama Disember 2020. Sinopharm dos kedua Januari 2021. Pfizer dos pertama dan kedua pada Ogos 2021,” tulisnya di Instagram.

Tambah Sasha, kes jangkitan virus Covid-19 di UAE juga menurun dengan mendadak dan berharap dapat menjalani kehidupan normal seperti dahulu tidak lama lagi.

“Syukur angka terbaharu kes Covid di UAE purata seminggu sekitar 311 kes. Harap angka akan terus turun dan kehidupan akan kembali normal seperti sebelum Covid,” ujar Sasha.

Dalam pada itu, Sasha turut menjawab persoalan peminat di Instagram yang bertanya tentang keperluan menyuntik pelbagai vaksin di dalam badan.

“Lebih baik bersedia daripada menangis kemudian hari. Semuanya kehendak Allah.

“Saya percaya tidak wajib (untuk suntikan tambahan), tetapi digalakkan untuk menambah suntikan vaksin kerana varian baru yang lebih agresif seperti Delta,” jawabnya.

Tambah Sasha, vaksin di UAE turut diberi secara percuma sama seperti di Malaysia dan berharap orang ramai mengambil vaksin sebagai pertahanan diri daripada virus Covid-19.

Sasha berpindah Dubai selepas berkahwin dengan suaminya, Sirhan Wahab, seorang duda anak dua pada 20 Januari tahun lalu.

Penyanyi yang juga kakak ipar kepada pelakon Rozita Che Wan itu memiliki seorang anak lelaki, Adam Aryasenna Notosoemarsono, 11, hasil perkahwinan keduanya dengan seorang warga Indonesia, Salyo Priyanto, namun bercerai pada 2012.

Sebelum itu, Sasha pernah berkahwin dengan Johan Abdullah Skinner pada 2003, tetapi bercerai empat tahun kemudian. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI