fbpx

Rumah paling mahal di dunia bakal dijual pada harga murah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kediaman ini menawarkan pemandangan Selatan California dari sudut pandangan 360 darjah.- Los Angeles Times/ Polaris

LOS ANGELES, CALIFORNIA – Rumah paling mahal di dunia bakal dijual pada harga dijangka jauh lebih rendah daripada yang ditawarkan susulan keadaan terdesak pemiliknya yang kini dibebani hutang, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Kediaman yang digelar The One itu pada asalnya mahu dijual oleh pemiliknya pada harga AS$500 juta (RM2.09 bilion) , namun kini ia dilaporkan boleh dimiliki pada tawaran lebih rendah.

Ia memiliki keluasan 9,290 meter persegi dan dilengkapi dengan 21 bilik tidur, empat kolam renang, sebuah ruang permainan boling dan pemandangan Selatan California dari sudut pandangan 360 darjah.

Ciri lain pada kediaman tersebut termasuk sebuah salun kecantikan dan panggung wayang dengan skrin paparan IMAX dilengkapi 45 buah kerusi, selain garaj yang mampu memuatkan sehingga 30 buah kereta.

Salah satu sudut menarik yang terdapat pada kediaman The One. – Los Angeles Times/ Polaris

Menurut laporan stesen penyiaran CNBC, hartanah tersebut telah ‘terkubur’ akibat hutang dan pinjaman bernilai AS$165 juta (RM690 juta).

Selain itu, beberapa hutang lain termasuk kepada syarikat  pendingin hawa, konkrit dan syarikat peralatan berjumlah AS$1 juta (RM4.18 juta).

Rekaan menakjubkan yang diharap mampu menarik bakal pembeli telah dihasilkan oleh pemaju hartanah yang sebelum ini merupakan penerbit filem, Nile Niami.

Rekod bagi rumah paling mahal di AS ketika ini adalah dipegang oleh kediaman jenis penthouse milik bilionair Ken Griffin di Manhattan bernilai AS$238 juta (RM995 juta). – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI