fbpx

RM41 juta bangunkan tebatan banjir Sungai Langat Fasa 1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tuan Ibrahim Tuan Man

SEPANG – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedang melaksanakan projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Langat Fasa 1 di daerah Sepang yang menelan kos RM41 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) sebagai penyelesaian jangka panjang.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menerusi hantaran beliau di Facebook hari ini berkata, projek itu akan memanfaatkan kira-kira 50,000 orang penduduk di tiga daerah berkaitan.

Tuan Ibrahim berkata, banyak aduan yang diterima pihaknya di media sosial daripada penduduk kampung berkenaan.

“Kawasan ini sentiasa banjir dan air naik sehingga ke paras pinggang. Ban pecah dan banyak harta benda penduduk yang telah rosak.

“Sehubungan itu, JPS telah mengambil tindakan menaik taraf ban Sungai Semarang dan pam di Pintu Air Sungai Semarang juga telah diaktifkan sepenuhnya,” katanya hari ini.

Terdahulu, beliau bersama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rina Mohd. Harun meninjau kawasan banjir di Kampung Sri Tanjung dan Kampung Lalang, Dengkil di sini.

Dalam pada itu, menurut Tuan Ibrahim, peruntukan daripada Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) juga akan digunakan untuk penyelesaian jangka pendek. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI