fbpx

Remaja 16, 17 tahun Pulau Pinang kini boleh ‘walk-in’ vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
gambar hiasan

GEORGE TOWN – Kesemua remaja termasuk pelajar berusia 16 dan 17 tahun di negeri ini dibenarkan untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 secara hadir terus atau ‘walk-in’ di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negeri bermula pukul 2 petang hari ini.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, bagi pelajar berusia 12 hingga 15 tahun, janji temu adalah menerusi aplikasi MySejahtera dan dinasihatkan untuk tidak ‘walk-in’ ke mana-mana PPV bagi mengelakkan kesesakan.

Menurut beliau, setakat semalam daripada 37,875 jumlah remaja berusia 16 dan 17 tahun yang didaftar melalui portal Vaksin Anakku, seramai 32,876 orang atau 86.8 peratus telah menerima suntikan vaksin.

Bagi remaja berusia 12 hingga 15 tahun pula tambahnya, daripada keseluruhan 80,698 orang yang berdaftar menerusi portal sama, seramai 8,312 orang atau 10.3 peratus telah menerima suntikan masing-masing.

“Dalam mempercepatkan kadar vaksinasi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Remaja peringkat Pulau Pinang, pengoperasian dua PPV iaitu SPICE Convention Centre dan PPV SP Arena telah dilanjutkan sehingga pukul 9 malam kini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI