fbpx

Polis Melaka tutup semua SJR daerah malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SJR Melaka. - Gambar hiasan

MELAKA – Semua sekatan jalan raya (SJR) daerah di negeri ini akan ditutup pada tengah malam ini susulan Melaka memasuki Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPPN) bermula esok.

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd. Ali berkata, kesemua tujuh SJR daerah akan ditutup pada pukul 12.01 tengah malam.

Katanya, penutupan SJR itu juga selari dengan hasrat kerajaan negeri untuk merancakkan kembali sektor pelancongan melalui kempen ‘Melakan Visit Melaka’.

“Kita akan menutup SJR daerah, namun SJR di semua pintu masuk negeri masih kekal kerana Melaka masih belum bersedia menerima pelancong dari luar seperti diumumkan sebelum ini.

“Polis Melaka bagaimanapun ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri dan pengguna jalan raya untuk kerjasama yang diberikan sepanjang Fasa 1 sejak 1 Jun lalu sehingga tengah malam ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Tujuh SJR daerah yang ditutup adalah di Pulau Sebang, Cherana Putih, Rumbia di Paya Rumput, Gapam, Sungai Rambai, Kesang dan Bemban di Tehel.- K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI