fbpx

Pesara di bawah garis kemiskinan akan dibantu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah melakukan satu kajian bagi mengatasi masalah pesara penjawat awam yang berada di bawah garis kemiskinan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad berkata, kajian tersebut akan dibentangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi memastikan kehidupan mereka selesa.

“Segelintir pesara penjawat awam yang yang pendapatan kurang daripada garis kemiskinan iaitu RM2,208 masih terpaksa bekerja kerana memenuhi keperluan kehidupan.

“Itu adalah satu perkara yang sedang difikirkan, dan JPA telah buat satu kajian dan akan dibentangkan kepada Perdana Menteri sebelum dibuat memorandum Jemaah menteri untuk melihat kembali supaya apabila mereka pencen, mereka agak selesa,” katanya di ketika sesi Pertanyaan-Pertanyaan Menteri, di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Kasthuriraani Patto (Batu Kawan) tentang perancangan kerajaan bagi membantu golongan pesara miskin dan memperbaiki skim pencen. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI