fbpx

Penduduk diminta tidak hampiri kawasan tanah runtuh di Bukit Hijau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan tanah runtuh yang berlaku di kawasan Bukit Hijau, Baling.

BALING – Orang ramai diminta supaya tidak menghampiri kawasan tanah runtuh yang dikesan berlaku di Bukit Hijau dalam Mukim Bakai di sini bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Pegawai Daerah Baling, Mohd. Shahadan Abdullah berkata, kejadian tanah runtuh itu sedang dalam pemerhatian dan pemantauan teliti pihak Pejabat Daerah dan Tanah.

“Runtuhan tanah tersebut berlaku jauh dari kawasan penempatan penduduk.

“Namun sebagai langkah berjaga-jaga, saya menasihatkan penduduk terutama mereka yang sering ke hutan berdekatan agar tidak mendekati kawasan berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Katanya, kejadian itu telah dirujuk kepada Jabatan Mineral dan Geosains negeri untuk tindakan lanjut. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI