fbpx

Mula-mula takut, tahu-tahu sudah di Langkawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOMEN percutian Ruhainies ke Langkawi, Kedah baru-baru ini.

MINGGU lalu ada terbaca luahan tentang pelakon genit, Ruhainies yang takut hendak menjejakkan kaki ke Pulau Langkawi, Kedah kerana Covid-19.

Katanya, dia risau dijangkiti virus tersebut ditambah pula akan menjalani penggambaran sekitar Oktober dan enggan membawa jangkitan ke set drama.

Tapi lucu pula jadinya sebab dalam sibuk luah ketakutan, tahu-tahu dia sudah pun sampai ke Langkawi.

Semuanya dikongsi sendiri oleh empunya badan dalam beberapa hantaran InstaStorynya. Paling seronok apabila dia naik kapal layar!

Tak apalah Ruhainies, bercutilah ke mana sahaja pun sebab sudah diberi kebenaran kan. Apa yang penting jaga diri dan patuhi prosedur operasi standard (SOP).

Selain Ruhainies, Azad Jasmin, Eira Syazira serta keluarga pun sekarang sedang bercuti di Langkawi.

MIZZ LAHAR: Sebenarnya di Langkawi tidak sesak seperti yang digembar-gemburkan ramai pihak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI