fbpx

Lelaki terkejut jumpa kodok ‘zombi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kodok ini masih hidup dan melompat seperti biasa tanpa kesakitan selepas kepalanya terpotong. - PEN News

OTTAWA, Kanada – Seorang lelaki di Kanada mendakwa dia menemui seekor kodok  ‘zombi’ berikutan haiwan amfibia itu masih hidup meskipun kepalanya sudah terpotong, lapor akhbar Mirror UK, kelmarin.

Lelaki itu berkata,  kejadian berlaku ketika dia  bekerja dan menyedari ada seekor kodok  tanpa kepala di atas rumput.

Pada mulanya, dia menyangka kodok itu sudah mati memandangkan kepalanya sudah tiada tetapi terkejut apabila binatang itu mula melompat seperti biasa.

“Saya tidak percaya apa yang saya lihat, ini adalah definisi kodok  ‘zombi’ yang sebenar. Kepalanya sudah tiada tetapi kodok  itu masih hidup.

“Ia kelihatan seperti biasa dan tidak berada dalam kesakitan malah seolah-olah tidak sedar bahawa kepalanya sudah tiada,” kata lelaki itu.

Menurut lelaki yang enggan dikenali itu, dia berpendapat mungkin kepala kodok itu terpotong ketika pekerja pembersihan memotong rumput di kawasan berkenaan.

“Saya mencari kodok itu sehari selepas menemuinya dan mendapati haiwan itu masih hidup serta berada di kawasan sama.

“Saya mengambil keputusan untuk membunuhnya kerana tidak mahu ia menderita kelaparan atau mati dengan cara yang lebih menyeksakan dengan keadaannya yang tidak berkepala,” jelasnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI