fbpx

Kondo mewah jadi kasino mini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagain suspek yang ditahan semasa leka berjudi di sebuah kondominium mewah di Bayan Lepas dekat George Town semalam.

GEORGE TOWN – Polis menyerbu sebuah kondominium mewah yang dijadikan sebagai kasino mini bagi menjalankan kegiatan perjudian secara haram di Bayan Lepas dekat sini semalam.

Pembongkaran kegiatan itu dibuat ketika sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Judi, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7), Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang melakukan Ops Dadu kira-kira pukul 3.45 petang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Rahimi Ra’ais berkata, seramai 13 individu dipercayai penganjur dan pemain ditahan semasa sedang leka bertaruh.

Beliau berkata, mereka yang ditahan adalah empat lelaki dan sembilan wanita berusia di antara 31 hingga 69 tahun.

“Sindiket itu dipercayai menyewa kondominium mewah tersebut sejak pertengahan bulan ini dan menjalankan kegiatan perjudian sekitar pukul 12 tengah hari sehingga 8 malam setiap hari.

“Sindiket dipercayai menawakan aktiviti perjudian kepada kenalan rapat sahaja bagi mengelak aktiviti mereka dikesan pihak berkuasa,” katanya dalam satu kenyataan hati ini.

Beliau berkata, siasatan mendapati kegiatan itu dipercayai meraih keuntungan sehingga RM100,000 sepanjang tempoh beroperasi kira-kira dua minggu.

Menurutnya, semasa serbuan, polis merampas wang tunai sebanyak RM13,200 serta beberapa peralatan bermain judi seperti sejumlah cip pelbagai warna, monitor komputer, daun terup, meja dan kerusi plastik

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 4(1)(b), Seksyen 4(1)(c) dan Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI