fbpx

Keutamaan kerajaan tingkatkan kapasiti pertumbuhan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan keutamaan segera kerajaan ketika ini adalah untuk mengembalikan potensi dan kapasiti pertumbuhan negara supaya rakyat dan perniagaan dapat mengadaptasi norma baharu.

MOF menerusi satu kenyataan berkata, kerajaan juga akan membuat pelaburan bagi pertumbuhan masa hadapan dan membuka peluang pekerjaan yang lebih baik kepada rakyat.

Menurutnya, perkara itu antara yang dibincangkan pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Fiskal (FPC) yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini.

“FPC turut membincangkan prospek fiskal kerajaan untuk tahun hadapan dan trajektori fiskal jangka sederhana.

“Dasar fiskal kerajaan akan terus memberikan sokongan berterusan dalam memastikan pemulihan ekonomi yang mampan dan kelancaran pelaksanaan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12) yang diumumkan baru-baru ini,” katanya hari ini.

Katanya, prospek pemulihan ekonomi dalam masa terdekat lebih memberangsangkan, disokong oleh pembukaan semula pelbagai sektor ekonomi secara sistematik di bawah Pelan Pemulihan Nasional (PPN).

Pada masa sama, katanya, FPC turut meneliti pelaksanaan pelbagai langkah fiskal dalam mencapai keseimbangan antara keperluan perbelanjaan kerajaan dengan kemampanan fiskal.- K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI