fbpx

Keadilan Caprice, cinta mewah Vida

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPTEMBER sedang berpenghujung. Hampir setiap hari, selain hal-hal kenegaraan dan berita semasa, kisah-kisah mudah melintasi papan skrin media sosial tentunya tentang Caprice, Datuk Seri Vida dan Cik B.

Mereka ibaratnya induk yang membentuk anak-anak cerita, menimbulkan pertanyaan, perdebatan dan kemudian membiak lebih banyak yang berjejeran sehingga menjadi antara topik berita utama.

Membaca dan cuba memahami apa yang sedang cuba diperjuangkan Caprice dan Vida sebenarnya sangat menarik tetapi untuk tidak menjadi depresi, anggaplah sekadar bacaan ringan. Sekadar ambil tahu.

Jangan persoalkan secara terperinci, jangan desak mereka insaf dan bertaubat daripada meneruskan perkongsian, luahan-luahan hati dalam platform media sosial masing-masing. Kita juga boleh kongsikan apa sahaja dalam media sosial sendiri, tetapi siapa sahaja peduli, kecuali keluarga dan kawan-kawan terdekat.

Tak perlu jadi macam sesetengah netizen yang tumpang marah, mencerca lebih sudu daripada kuah kepada apa yang dilakukan Caprice dan Vida terhadap hidup mereka. Paling mudah anggap sahaja mereka bahan hiburan.

Caprice ada keadilan yang hendak ditegakkan, manakala Vida ada cinta yang sedang dipertahankan. Cintanya kepada calon imam dan anak-anak yang bakal mewarisi legasi kemewahannya.

Tinggal lagi kita muak dengan cerita yang tidak menunjukkan jalan penamat. Menjadi pembaca satu, untuk kategori orang seperti penulis yang kena menjadi penyibuk, jaga tepi kain, tidak ketinggalan kereta api dan ‘super kepochi’ tentang mereka juga satu hal yang menjenuhkan sebenarnya.

Tetapi itulah hakikat. Ada yang meluat, namun dalam masa sama, ada yang gemar. Setiap kali kisah Vida mahupun Caprice tersiar, komen-komen pembaca bukan sekadar galak mencerca, bahkan siapa sahaja yang terkait dalam kisah mereka, termasuklah ikut mencemuh media sebagai sampah yang cerita sampah serta ketandusan modal untuk menjual berita.

Benci betul netizen terbabit terhadap keseluruhan skop pekerjaan organisasi media berkenaan hanya disebabkan satu segmen kandungan, iaitu hiburan yang menyiarkan kisah Caprice.

Penulis fikir, orang yang lebih sampah ialah orang yang mengutuk orang lain sebagai sampah. Golongan sedemikian, sekadar suka mencari kesalahan kerana telah dibutakan kuasa tular dan pengaruh sensasi.

Peliknya, individu sebegitu tertarik untuk menjatuhkan hukum di bawah tajuk hiburan, bukan segmen agama, rencana utama atau kandungan ilmiah lain yang tiada elemen sensasi. Ini tidak, baca bahagian gosip tetapi mengharapkan penulisan macam jurnal universiti, memang taklah.

Apa pun, macam ayat permulaan penulisan. Macam lagu Wake Me Up When September Ends dendangan Green Day. Sepanjang bulan ini judul itu kerap dalam kepala memikirkan janji dan banyak keindahan ko­nonnya menanti menjelang Oktober (bermula esok). Analoginya begitu. Ada apa dengan Oktober, doakan yang terbaik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI