fbpx

Elly Mazlein mula cuti, tunggu kelahiran ‘baby boy’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ELLY MAZLEIN yang kini sarat hamil sembilan bulan dan bakal melahirkan anak kedua pada bila-bila sahaja.

PETALING JAYA – Penyanyi Elly Mazlein atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Lina Pom Pom sudah mula bercuti dan menghitung hari menunggu detik kelahiran cahaya mata keduanya.

Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanaf yang kini sarat hamil sembilan bulan menerusi hantaran dalam Instagramnya turut mengumumkan  bakal melahirkan seorang bayi lelaki.

“Dengan ini Kak Pom dah cuti rehat tunggu ‘baby boy’ mama lahir di dunia.

“Insya-Allah. Tak sabar nak jumpa permata hati kedua mama. Doakan Kak Lina semoga semuanya selamat ya. Terima kasih,” tulisnya.

Pada perkongsian tersebut, Elly, 41, turut memuat naik beberapa keping foto dirinya yang baharu sahaja selesai mengacarakan sebuah program hiburan buat kali terakhir sebelum menghentikan seketika aktiviti seni bagi memberi laluan terhadap ‘orang baharu’ yang bakal dilahirkan.

Julai lalu Elly pernah menarik perhatian umum dengan satu hantaran Instagram apabila berkongsi sekeping foto menunjukkan dua buah katil yang dibeli untuk anak-anaknya.

Dalam foto tersebut, Elly membeli dua buah katil iaitu berwarna merah jambu dan biru sekali gus pengikutnya mula membuat andaian bahawa jantina bayi yang bakal dilahirkan ialah lelaki.

Terdahulu, pengacara program Lagu Cinta Kita itu mendirikan rumah tangga dengan seorang guru asal Kelantan, Mohamad Azlan Che Nuh, 31, pada 18 Januari 2020.

Elly juga pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah, Azmi Hatta pada 9 November 2014 dan bercerai setahun selepas itu.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Putri Sara Sefhia, 5. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI