BARU-BARU ini Cik B ada muncul dalam sesi siaran langsung ibunya, jutawan popular, Datuk Seri Vida dalam Instagram.
Namun, dalam keterujaan ramai melihat aksi dua beranak itu, terselit rasa kurang senang netizen kerana mendakwa Cik B seperti tidak beradab apabila bertanyakan soalan berkaitan hubungan cinta terhadap ibunya.
“Mama, apakah status hubungan dengan si dia? Adakah masih bercinta?” soal Cik B kepada Vida.
Bagaimanapun, Vida hanya menjawab ‘ya’ tanpa sebarang penjelasan lanjut.
Sementara itu, rata-rata netizen menasihatkan agar Cik B menjaga adab dan air muka ibunya ketika bertanyakan soalan panas dalam siaran langsung tersebut.
“Cik B, mama tetap mama. Jaga adab,” tegur seorang netizen.
“Kasihan pula tengok Vida. Jangan tanya dalam siaran langsung, netizen ramai batu api,” komen seorang lagi pengguna Instagram.
Mungkin cara Cik B normal sahaja pada mata ibunya tetapi nampak sensitif bagi sesetengah netizen. Tak mengapalah, Vida lebih mengenali hati budi anak perempuannya.
Apa pun, sehingga kini kisah mereka anak-beranak masih belum bernoktah. Macam-macam pula cerita lain timbul.
MIZZ LAHAR: Migrain pula tengok orang lempar-lempar duit. Kaya atau sengaja nak menunjuk? Entahlah.