JAKARTA – Seorang pakar ginekologi dan obstetrik Indonesia, Dr. Boyke Dian Nugraha mendedahkan bahawa kelebatan bulu badan yang dimiliki menandakan tahap nafsu seksual seseorang individu, lapor Suara.com, semalam.
Menurut Boyke, perumpamaan mengatakan lelaki yang mempunyai bulu dada tebal mempunyai nafsu seksual tinggi adalah benar.
“Jika mengikut kajian, semakin lebat bulu dada, kaki, tangan atau mana-mana bahagia badan, tahap nafsu seksualnya juga semakin besar.
“Namun begitu, itu tidak bermakna dari sudut tenaga batin, mereka juga hebat cuma nafsu mereka lebih tinggi,” jelas Boyke.
Tambah Boyke, meskipun memiliki keinginan nafsu tinggi, kemampuan seksual masih akan terbatas sekiranya individu itu mengamalkan gaya hidup tidak sihat.
Gaya hidup anak muda sekarang yang banyak memakan makanan segera, merokok dan jarang bersenam membuatkan kemampuan seksual mereka sering terganggu.
“Saya didatangi ramai pesakit lelaki berusia berusia 30 hingga 35 tahun yang mengadu kemampuan seksual terbatas dan pasangan mereka tidak berpuas hati dengan ‘prestasi’ mereka.
“Masih muda sudah ada masalah begini, jadi pokok pangkalnya, jaga pemakanan dan jalani gaya hidup sihat. Keinginan nafsu dan kemampuan seksual adalah dua hal yang berbeza,” tegas Boyke. – Agensi