fbpx

Belum masa untuk tekan butang panik – Arul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARUL (tengah) menjelaskan sesuatu kepada barisan pemainnya ketika menentang pasukan HWHC dalam aksi ketiga Siri Jelajah United Kingdom awal pagi semalam.

KETINGGALAN tiga gol tidak mematahkan semangat skuad hoki negara apabila bangkit sebanyak dua kali untuk seri 5-5 dengan Hampstead & Westminster HC (HWHC) dalam aksi ketiga Siri Jelajah United Kingdom awal pagi semalam.

Ketua jurulatih Malaysian Tigers, Arul Selvaraj berpuas hati dengan prestasi barisan pemainnya pada aksi di Pusat Sukan Nasional Bisham Abbey itu biarpun mereka masih gagal mencatat kemenangan di bumi United Kingdom.

“Lawan hari ini adalah satu pasukan yang bagus dan merupakan antara kelab dalam kancah Liga Hoki Eropah (seperti Liga Juara-Juara bagi bola sepak) minggu ini.

“Walaupun kedudukan 0-3 berpihak kepada lawan tetapi kami berjaya menyamakan kedudukan 3-3 pada suku ketiga. Ia adalah 15 minit terbaik kami kerana dapat menjaringkan tiga gol dalam tempoh itu.

“Kami terpaksa bangkit sekali lagi pada suku keempat selepas melakukan kesilapan yang membenarkan lawan menjaringkan dua gol. Kami bermain lebih agresif dan sekali lagi berjaya samakan kedudukan 5-5,” katanya.

HWHC mendahului 3-0 sebelum Malaysian Tigers bangkit menjaringkan tiga gol padang dalam tempoh tiga minit melalui Muhammad Najmi Farizal Jalan pada minit ke-38, Muhammad Marhan Mohd Jalil (m-40) dan Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal (m-41).

Skuad negara sekali lagi terpaksa bangkit dengan dua gol pantas dalam tempoh seminit menerusi Muhammad Firhan Ashari dan Mohd. Ashran Hamsani pada minit ke-57 serta 58 untuk mengikat kedudukan 5-5 dengan pasukan tuan rumah.

“Ini adalah satu perlawanan yang bagus buat pasukan. Aksi sebegini dapat menguji kebolehan kami selepas sekian lama terpaksa berlatih secara online sahaja dengan menggunakan aplikasi Zoom,” jelas Arul. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI