fbpx

Baru usia 8 hari, bayi Ayda Jebat sudah ada 54,000 pengikut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Selepas 24 jam membuka akaun Instagram, bayi sulung pasangan selebriti Nabil Mahir dan Ayda Jebat iaitu Ana Layla sudah mengumpul lebih 50,000 pengikut.

Hantaran pertama yang dimuat naik di Instagram pada malam kelmarin adalah perkongsian gambar Ana yang dibedung selepas dilahirkan pada 21 September lalu.

Setakat semalam, jumlah pengikut akaun media sosial bayi itu sudah meningkat kepada 54,000 orang.

Menerusi perkongsian gambar tersebut, ramai pengikut Instagram tertanya-tanya mengenai warna sebenar anak mata bayi Ayda dan Nabil.

“Ya Allah, Subhanallah mata dia (Ana),” puji seorang netizen.

“Mata dia kelabu atau biru? Macam biru, hijau pun ada. Hijau turquoise kot,” tulis peminat di ruangan komen.

Kelmarin, Ana yang baru ber­usia seminggu berkongsi status media sosial rasmi berserta ­kapsyen: “Assalamualaikum uncle aunty (pak cik dan mak cik). Ana Nayla sayang semua. Doakan Ana Nayla selalu ya.”

Kelmarin, Nabil dan Ayda mengumumkan nama dan wajah bayi mereka di Instagram buat tatapan peminat mereka.

Menerusi perkongsian itu, Nabil atau nama sebenarnya, Nabil Ahmad Mahir, 33, mendedahkan nama puteri sulungnya itu, manakala Ayda pula membe­ritahu Ana sepatutnya dilahirkan kelmarin secara pembedahan mengikut tarikh pilihannya.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Parah Parah itu terpaksa mempercepatkan proses bersalin pada 21 September lalu selepas mengalami kontraksi selain keadaan bayinya yang songsang.

Ana dilahirkan secara pembedahan di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara pada pukul 7.07 malam dengan berat 2.77 kilogram. Ayda dan Nabil bernikah pada 1 Januari lalu di Masjid al-Taqwa Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI