fbpx

Baek Seo-yi kesal kenalan baik reka cerita pasal kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAEK SEO-YI

KEHIDUPAN pelakon Baek Seo-yi berantakan selepas mengetahui tindakan kenalan rapatnya yang sengaja menimbulkan onar apabila menyebarkan berita palsu tentang perkahwinannya.

Dedah Seo-yi dalam Instagram, dia mengetahui tentang perbuatan seorang kenalan lelakinya bertindak menyebarkan berita palsu tentang perancangan perkahwinan mereka.

“Dia sebar cerita kata kami sudah bercinta sejak 2019. Rupa-rupanya sudah bertahun dia menyebarkan cerita tidak benar tersebut. Saya berasa sangat terkejut dan terkelu.

“Saya tidak pernah ada hubungan dengannya mahupun berjanji untuk mengahwininya.

“Apa yang paling mengejutkan adalah dia merupakan kenalan yang saya percaya sejak sekian lama. Jika kalian mendengar tentang berita perkahwinan saya, itu semua tidak betul,” jelasnya.

Pelakon drama My Golden Life itu berkata, tindakannya yang tampil bersuara menjelaskan cerita sebenar bagi mengelakkan semua pihak daripada terus tertipu dengan penipuan lelaki tersebut.

“Ada banyak lagi perkara menakutkan dan menyeramkan daripada apa yang saya kongsikan di sini, tapi saya mahu hentikannya setakat ini sahaja.

“Jika awak membaca hal ini, jangan sesekali hubungi saya. Sedarlah tentang perbuatan awak yang salah ini,” tegasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI